Tuesday, 30 September 2014

dah biasa

sebab dah biasa
aku dah tak rasa apa

sebab dah biasa
kita macam dah tak ada apa apa

sebab dah biasa
ego masing masing dah bermacam rupa

sebab dah biasa
masing masing bawak diri sampai dah tak jumpa

masih berharap
akan baik macam dulu kala

masih berharap
bukan sampai sini sahaja

masih berharap
percikan api dalam sejuk aku berduka

masih berharap
pengakhiran yang dipersetujui bersama

masih berharap
kau yang dulu ada macam biasa

tapi tak boleh tipu
kalau bila tak jumpa, dah kisah macam mana rupa

tapi tak boleh tipu
ruang dan waktu, kosong tak bertemu dah tak rasa jemu

tapi tak boleh tipu
usaha kau dah tak macam dulu, aku punya hati pun dah keras macam batu

tapi tak boleh tipu
kita sama salah, tapi masing masing tak mengaku

sampai bila
masing masing nak simpan rasa

sampai bila
nak text tapi cuma cari punca

sampai bila
masing masing tak nak mengaku dah tak jumpa hujung cahaya

sampai bila
diam seribu bahasa, mengharap faham diri sendiri sahaja

aku dah cakap apa aku rasa
sekarang giliran kau
harap kau baca



--sudah tak mengharap, jauh sekali kisah. sebab aku ada bila kau rasa kau perlu sesiapa. bukan aku sahaja.

No comments: