Saturday, 14 May 2016

helang merah

Malam indah. Hati tenang, sejuk hutan, latar belakang sungai. Berbicara mengenai masa lampau, harapan, cita dan cinta. Masing-masing seronok bercerita. Momen hutan, tak ramai yang dapat rasa. Siapa yang rasa faham apa yang aku cuba sampaikan. Rakan baru kenal, tapi dah lama bersantai. Cinta dan cita. Aku master dalam perkara itu. Aku tahu selok belok, suis pembuka risalah itu.

Soalan lazim, aku seorang yang gembira, tapi kenapa belum temu sesiapa. Hah, dah bosan soalan macam itu. Perlu aku buka bicara? Kisah cinta 8 tahun tapi tak sampai mana? Mereka tanya, 8 tahun durasi lama. Kau dah lupa dia? Sampai sekarang, kami masih berbicara, kami masih ada untuk each other. Sebab kami kawan dah lama. Untuk setia bukan satu perkara luar biasa. Aku cerita mengenai kisah cinta kami, kisah cliché zaman sekolah. Saling merindui, kononya pasangan cinta sejati. Tapi bila dah dewasa, dah kenal erti cita, cinta aku tolak tepi. Dia tolakkan untuk aku. Aku tahu dia mahu yang terbaik. Aku tahu dia pilihkan jalan aku, macam selalu.

Tapi mana manisnya cerita kalau tiada unsur drama? Kisah dia tinggalkan aku, aku tambah perencah. Aku lebih rela mereka tahu, dia cakap, tak payah tunggu. Selepas 8 tahun, ayat tak payah tunggu lagi laku, daripada, ‘saya nak yang terbaik untuk awak, yang satu.’ Aku jual kisah yang itu. Seperti biasa, semua berjemaah, benci tanpa arah tuju. Aku gelak dalam hati. Adik-adik ini senang beli cerita. Aku boleh menang malam ini. Sebab permainan aku baru bermula.

Aku sangka baru bermula……

Ali buka cerita. Dia senyap, aku tak sangka berat juga dia rasa. Aku diam pandang muka. 6 tahun menjalin cinta, dia tinggal kekasih dia. Sebab katanya, si dia mahu mencari diri sendiri, mahu tahu arah tuju diri, mahu kenal potensi diri. Sambil bermesra dengan berlainan laki-laki. Ali putus arah, si dia mahu berubah. Sebab sayang Ali turutkn katanya. 2 tahun sudah berlalu kisah itu. Si dia cari Ali, katanya rindu. Ali keras hati, tak mahu diperguna seperti dulu.

Dijaga si dia bak menatang madu
Berhabis duit untuk permulaan masa dulu
Sentiasa di sisi sebab si dia tak pandai berdikari
Hanya ikut si dia, di ketepi cita cita sendiri
Merata tempat dihantar pergi
Keselamatan si dia di jaga rapi
Makan minum umpama seorang bayi

Tapi si dia, ‘maaf, kita sampai disini’

Aku cuma mampu cakap,

IRONI, tapi dalam hati

Sebab si DIA Ali,

Sebenarnya IZNI

somperna hijau

Sebak seorang kawan yang gembira

Sebak aku bila semua suka
Sebak aku bila aku bercerita semua tertawa
Sebak aku bila mereka kata aku seronok untuk bersama
Sebak aku bila mereka sukar aku ada sama sama
Sebak aku bila apa mereka minta aku usaha
Sebak aku bila mereka jatuh, aku yang bawah sekali, untuk tahan derita
Sebak aku bila rakan tersenyum dengan aku punya bicara
Sebak aku bila mereka ucap terima kasih untuk segalanya

Sebak, bila aku cuma kawan yang gembira
Sebak, bila aku jatuh, harus terus bangun supaya orang tak nampak derita
Sebak, bila aku suka, yang sana ‘takat itu’ sahaja
Sebak, bila aku tiada, tiada yang cari, cuma cakap ‘tak apa, dia dah biasa’

Bila aku dah tiada, doakan aku sentiasa
Sebab sekarang aku seorang kawan yang gembira

Sampai bila?
Aku harap sampai bila-bila



sober

Tulis semua yang kau rasa. Apa yang kau ada. Gelap malam, atau derita
Kosong hati, kali ini bukan sekadar penyedap bicara.
Aku jujur untuk pertama kali, untuk pos ini. Tamat sudah masa bercanda
Harapan, atau cita cita? Atau masih kekal cara cerita, mengenai kisah duka lama?
Atau pun rahsia keluarga? Aib atau yang indah sahaja?
Fiksyen atau benaran sahaja? Semua itu, interpretasi minda yang membaca

10 bulan dah jadi dewasa
Minda, akal, masih belum bijaksana
Akaun bank, berkembang hujung purnama, yang aku hulur?
Tak seberapa
10 bulan dah jadi dewasa
Konon dalam laluan kejar cita cita
Tapi tiap hari?
Kosong kosong yang aku rasa
10 bulan dah jadi dewasa
Makin jauh aku dari si DIA
Iman naik turun, ada waktu dan ketika, tapi, sampai bila?
10 bulan dah jadi dewasa
Tiada lagi jalan baik yang aku jumpa
Korupsi, syaitan ada merata-rata,
Aku bukan alim, sikit sikit aku ikut mereka
10 bulan dah jadi dewasa
Tak pernah terfikir akan sampai waktu dan ketika aku bersendirian, bilik kelam, pijak rasa jeruk derita
Tapi aku tidurkan sahaja semua, biar esok, senyum baru pembuka bicara
10 bulan jadi dewasa
Jauh dari keluarga
Aku tak cuba capai, walau aku tahu mereka ada
Sebab mereka tak faham aku nak apa
Ketuk dada sendiri, aku rasa aku dah tak bernyawa
10 bulan dah jadi dewasa
Aku tak rasa aku bersedia, aku tak rasa ini buat aku bahagia
Sampai bila nak pendam jiwa?
Soalan ini, masih tiada jawapannya