Malam indah. Hati tenang, sejuk hutan, latar belakang
sungai. Berbicara mengenai masa lampau, harapan, cita dan cinta. Masing-masing
seronok bercerita. Momen hutan, tak ramai yang dapat rasa. Siapa yang rasa
faham apa yang aku cuba sampaikan. Rakan baru kenal, tapi dah lama bersantai. Cinta
dan cita. Aku master dalam perkara itu. Aku tahu selok belok, suis pembuka
risalah itu.
Soalan lazim, aku seorang yang gembira, tapi kenapa belum
temu sesiapa. Hah, dah bosan soalan macam itu. Perlu aku buka bicara? Kisah cinta
8 tahun tapi tak sampai mana? Mereka tanya, 8 tahun durasi lama. Kau dah lupa
dia? Sampai sekarang, kami masih berbicara, kami masih ada untuk each other. Sebab
kami kawan dah lama. Untuk setia bukan satu perkara luar biasa. Aku cerita
mengenai kisah cinta kami, kisah cliché zaman sekolah. Saling merindui, kononya
pasangan cinta sejati. Tapi bila dah dewasa, dah kenal erti cita, cinta aku
tolak tepi. Dia tolakkan untuk aku. Aku tahu dia mahu yang terbaik. Aku tahu
dia pilihkan jalan aku, macam selalu.
Tapi mana manisnya cerita kalau tiada unsur drama? Kisah dia
tinggalkan aku, aku tambah perencah. Aku lebih rela mereka tahu, dia cakap, tak
payah tunggu. Selepas 8 tahun, ayat tak payah tunggu lagi laku, daripada, ‘saya
nak yang terbaik untuk awak, yang satu.’ Aku jual kisah yang itu. Seperti biasa,
semua berjemaah, benci tanpa arah tuju. Aku gelak dalam hati. Adik-adik ini
senang beli cerita. Aku boleh menang malam ini. Sebab permainan aku baru
bermula.
Aku sangka baru bermula……
Ali buka cerita. Dia senyap, aku tak sangka berat juga
dia rasa. Aku diam pandang muka. 6 tahun menjalin cinta, dia tinggal kekasih
dia. Sebab katanya, si dia mahu mencari diri sendiri, mahu tahu arah tuju diri,
mahu kenal potensi diri. Sambil bermesra dengan berlainan laki-laki. Ali putus
arah, si dia mahu berubah. Sebab sayang Ali turutkn katanya. 2 tahun sudah
berlalu kisah itu. Si dia cari Ali, katanya rindu. Ali keras hati, tak mahu
diperguna seperti dulu.
Dijaga si dia bak menatang madu
Berhabis duit untuk permulaan masa dulu
Sentiasa di sisi sebab si dia tak pandai berdikari
Hanya ikut si dia, di ketepi cita cita sendiri
Merata tempat dihantar pergi
Keselamatan si dia di jaga rapi
Makan minum umpama seorang bayi
Tapi si dia, ‘maaf, kita sampai disini’
Aku cuma mampu cakap,
IRONI, tapi dalam hati
Sebab si DIA Ali,
Sebenarnya IZNI