Thursday, 1 June 2017

happy is so overrated its no longer necessary

love  is always about commitment
never about one true feelings
feeling shades
feeling fades
feeling is the one unreliable matter to depends on

and to depends solely on feelings, which is not even yours
is even worst
its a disaster waiting to happen

i'm waiting for another disaster
or clouds with a rainbow
because of my feelings

Tuesday, 21 March 2017

getah oren

nak rant pasa kerja lagi?
ada orang yang tak dapat kerja pun

nak rant pasal trip yang kene paksa cancel?
ada orang nk scroll tiket filght pun tak mampu

nak rant pasal boss yang over estimate my capabilities?
ada orang boss monitor microscopic-ly sebab ada trust isu

nak rant pasal balik rumah to an empty house?
ada orang rumah pun tak ada nk come back home too

so what else yang boleh aku cerita?
sebab apparently bila dah jadi matured kau kene fikir 2 steps further, and not once look back and regret

sebab apparently, 
kau tak bloom in a day bila kau dah 25, 
but experience yang teach you better 

you are my favorite subject to write about

dah hampir setahun tak menulis
makin lama makin stress

kau pernah rasa kosong?
rasa kosong dalam hati?
rasa kosong yang konon orang cakap kene cari ilahi?

kau pernah rasa selamat dan selesa?
macam dalam pelukan, tapi bukan yang berahi?
macam makanan panas kau dapat lepas berhujan sepanjang hari?

kau pernah rasa kau fucked up so badly?
konon kau dah buat dosa paling berat sekali?
konon dosa boleh letak kau dalam neraka yang paling bawah kalau mati?

aku tak rasa aku ada PTSD
cuma kadang when that worthless feeling menjengah sekali sekali
time tu aku rasa, dah boleh mati

aku masih rosakkan diri sendiri
tapi bukan perhatian yang aku cari
macam biasa, cuma aku tak pernah puas dalam hidup ni
manusia, biasalah tak tahu kejar apa atas muka bumi

aku ni jasad bergerak
tapi dapat rasa hati dah lama mati 

Saturday, 14 May 2016

helang merah

Malam indah. Hati tenang, sejuk hutan, latar belakang sungai. Berbicara mengenai masa lampau, harapan, cita dan cinta. Masing-masing seronok bercerita. Momen hutan, tak ramai yang dapat rasa. Siapa yang rasa faham apa yang aku cuba sampaikan. Rakan baru kenal, tapi dah lama bersantai. Cinta dan cita. Aku master dalam perkara itu. Aku tahu selok belok, suis pembuka risalah itu.

Soalan lazim, aku seorang yang gembira, tapi kenapa belum temu sesiapa. Hah, dah bosan soalan macam itu. Perlu aku buka bicara? Kisah cinta 8 tahun tapi tak sampai mana? Mereka tanya, 8 tahun durasi lama. Kau dah lupa dia? Sampai sekarang, kami masih berbicara, kami masih ada untuk each other. Sebab kami kawan dah lama. Untuk setia bukan satu perkara luar biasa. Aku cerita mengenai kisah cinta kami, kisah cliché zaman sekolah. Saling merindui, kononya pasangan cinta sejati. Tapi bila dah dewasa, dah kenal erti cita, cinta aku tolak tepi. Dia tolakkan untuk aku. Aku tahu dia mahu yang terbaik. Aku tahu dia pilihkan jalan aku, macam selalu.

Tapi mana manisnya cerita kalau tiada unsur drama? Kisah dia tinggalkan aku, aku tambah perencah. Aku lebih rela mereka tahu, dia cakap, tak payah tunggu. Selepas 8 tahun, ayat tak payah tunggu lagi laku, daripada, ‘saya nak yang terbaik untuk awak, yang satu.’ Aku jual kisah yang itu. Seperti biasa, semua berjemaah, benci tanpa arah tuju. Aku gelak dalam hati. Adik-adik ini senang beli cerita. Aku boleh menang malam ini. Sebab permainan aku baru bermula.

Aku sangka baru bermula……

Ali buka cerita. Dia senyap, aku tak sangka berat juga dia rasa. Aku diam pandang muka. 6 tahun menjalin cinta, dia tinggal kekasih dia. Sebab katanya, si dia mahu mencari diri sendiri, mahu tahu arah tuju diri, mahu kenal potensi diri. Sambil bermesra dengan berlainan laki-laki. Ali putus arah, si dia mahu berubah. Sebab sayang Ali turutkn katanya. 2 tahun sudah berlalu kisah itu. Si dia cari Ali, katanya rindu. Ali keras hati, tak mahu diperguna seperti dulu.

Dijaga si dia bak menatang madu
Berhabis duit untuk permulaan masa dulu
Sentiasa di sisi sebab si dia tak pandai berdikari
Hanya ikut si dia, di ketepi cita cita sendiri
Merata tempat dihantar pergi
Keselamatan si dia di jaga rapi
Makan minum umpama seorang bayi

Tapi si dia, ‘maaf, kita sampai disini’

Aku cuma mampu cakap,

IRONI, tapi dalam hati

Sebab si DIA Ali,

Sebenarnya IZNI

somperna hijau

Sebak seorang kawan yang gembira

Sebak aku bila semua suka
Sebak aku bila aku bercerita semua tertawa
Sebak aku bila mereka kata aku seronok untuk bersama
Sebak aku bila mereka sukar aku ada sama sama
Sebak aku bila apa mereka minta aku usaha
Sebak aku bila mereka jatuh, aku yang bawah sekali, untuk tahan derita
Sebak aku bila rakan tersenyum dengan aku punya bicara
Sebak aku bila mereka ucap terima kasih untuk segalanya

Sebak, bila aku cuma kawan yang gembira
Sebak, bila aku jatuh, harus terus bangun supaya orang tak nampak derita
Sebak, bila aku suka, yang sana ‘takat itu’ sahaja
Sebak, bila aku tiada, tiada yang cari, cuma cakap ‘tak apa, dia dah biasa’

Bila aku dah tiada, doakan aku sentiasa
Sebab sekarang aku seorang kawan yang gembira

Sampai bila?
Aku harap sampai bila-bila



sober

Tulis semua yang kau rasa. Apa yang kau ada. Gelap malam, atau derita
Kosong hati, kali ini bukan sekadar penyedap bicara.
Aku jujur untuk pertama kali, untuk pos ini. Tamat sudah masa bercanda
Harapan, atau cita cita? Atau masih kekal cara cerita, mengenai kisah duka lama?
Atau pun rahsia keluarga? Aib atau yang indah sahaja?
Fiksyen atau benaran sahaja? Semua itu, interpretasi minda yang membaca

10 bulan dah jadi dewasa
Minda, akal, masih belum bijaksana
Akaun bank, berkembang hujung purnama, yang aku hulur?
Tak seberapa
10 bulan dah jadi dewasa
Konon dalam laluan kejar cita cita
Tapi tiap hari?
Kosong kosong yang aku rasa
10 bulan dah jadi dewasa
Makin jauh aku dari si DIA
Iman naik turun, ada waktu dan ketika, tapi, sampai bila?
10 bulan dah jadi dewasa
Tiada lagi jalan baik yang aku jumpa
Korupsi, syaitan ada merata-rata,
Aku bukan alim, sikit sikit aku ikut mereka
10 bulan dah jadi dewasa
Tak pernah terfikir akan sampai waktu dan ketika aku bersendirian, bilik kelam, pijak rasa jeruk derita
Tapi aku tidurkan sahaja semua, biar esok, senyum baru pembuka bicara
10 bulan jadi dewasa
Jauh dari keluarga
Aku tak cuba capai, walau aku tahu mereka ada
Sebab mereka tak faham aku nak apa
Ketuk dada sendiri, aku rasa aku dah tak bernyawa
10 bulan dah jadi dewasa
Aku tak rasa aku bersedia, aku tak rasa ini buat aku bahagia
Sampai bila nak pendam jiwa?
Soalan ini, masih tiada jawapannya



Saturday, 30 April 2016

post traumatic disorder

Label
Dulu aku seorang pelabel
Kau ni perokok
Kau ni slut
Kau ni kaki kencing
Kau ni jenis tak ada life
Kau ni jenis hadap jantan
Kau ni jenis seeking for social approval
Kau ni macam ini, kau ini macam itu
Perasan aku sebut ‘DULU’
Sebab apa yang kau DULU, aku SEKARANG
Sekarang
Aku yang tak ada hala tuju
Aku yang cuma ada waktu
Aku yang apa aku keji dulu
Sekarang, apa kau dulu, aku yang macam tu



Label
Sorry. I will never self claimed myself as what I do. To be known working as safety officer is an insult to me. As I don’t think that I carry the job whole heartedly, neither I think I execute the job as what I intended to. To be known as a hiker, diver or even no longer a students bugs me a lot. I have a thing with moving on. I don’t know how. Or I don’t want to move on. I hate being in a place where I can t see my track. Where I am going.

Semalam aku mimpi, aku tak sure aku kerja apa, tapi aku cakap dekat mat, aku ada sekian-sekian duit, jom redah Lombok. Kita tengok dapat buat apa. Kau in? aku tak kenal mat tu siapa, neither do I know anything about Lombok except for Rinjani and Gili Trawangan. But I got that dream. Ini ke orang cakap, panggilan pulau. And I must go.

Aku mimpi lagi, tak pasti berangan atau apa. Aku jaga binatang, dekat Lost World of Tambun. Ada budak takut dekat kambing. Munkin budak cina around 5-7 years old. Takut kambing. Aku dukung dia, senyum manis, aku cakap,

Don’t worry, he wont hurt you, kakak ada. Lets hold him together.
Budak tu angguk, mak budak tu tangkap gambar kami bertiga. Itu ke orang cakap, petunjuk Allah? To leave my miserable job, but good pay and car and just balik kampong, tanam jangung korek ponggong?

Banyak aku nak cerita pasal CBL. Banyak tak terluah. Tapi macam biasa, aku tak akan tulis apa. Biar jelah aku yang rasa. Hahahah. Orang cakap,, balik travel jadi story teller. Aku balik travel jadi dreamer.
Dream of reliving that moments, over and over again and again.

Masih di dalam hammock, di bawah fly, di atas ground, secangkir kopi, sekotak John, entah berapa batang tembakau

Kau ni fun aku tengok, kenapa kau takada boyfriend? 10 mata pandang aku. Aku senyum. Mestilah muka Faiz menari depan mata, keluar pulak abg gunung, dan terakhir lelaki diver.
Sebab aku selalu fall for the wrong guy, he’s either gay, or someone’s else. getting out of 8 years relationship, is not easy. Then, they hear my story. Just the tip of iceberg. Cuma bila dia cakap,

Tak payah tunggu orang.

Yup, aku Cuma cerita itu. Berkongsi rahsia dengan kenalan baru, yang susah sama-sama. Sekadar return favour. Untuk dia pun cerita, getting out of 6 years relationship turn him into scandal maniacs and no steady relationship.
Cerita kita berbeza sikit, sebab kau dah move on, aku? Hahahahahaha

Macam macam kami cerita. Lelaki idaman, topic seterusnya. Kau nak cari lelaki macam mana?

Aku nak cari dua saja, 1) yang sama cinta dan rasa, 2) yang menerima aku seadanya

Acceptance tu macam jenis izni, kau kene specific. – sure thing, jangan expect aku tahu masak, jaga anak, kemas rumah, kalau kau angkat pinggan masuk singki pun malas. You need a maid, bukan wife
Kau kene buat benda tu sama-sama. Communications between couples. Boleh masak gilir-gilir.
Aku senyum sinis dulu, sebelum sambung, I’ve watched my parents in their worst and their best, it takes two to tango. And house chores supposed to be done together. Sebab aku tak expect laki aku pandai baiki bumbung, plumbing and others.
Semua kerja tu boleh panggil orang! Persetan. Tapi kalau masak nak air tangan isteri.- guys, sini korang salah. We don’t expect air tangan peluh suami for the house repairs, do the same don’t expect isteri do all the works. But yeah, I know how to cook. Dia jadi ‘unknown’ when guys put expectations for me to ‘wajib’ know how to cook to get married.

Pasal past present future.

Kau nak apa dalam hidup izni?- senang. Aku nk live a very simple life. Somewhere on an island. Bukak small cafĂ© maybe? Entah. I don’t want big house, big car. Those things don’t excites me.
Kau kene kerja. To lead your simple life. Don’t quit. – yeah I know, I’ve been struggling with that.
Kau nak dua tu je izni pada calon suami?- yup. Tapi crucial criteria, aku nk seorang yg firm, yang aku boleh dengar cakap dia. Sebab aku degil. So someone yg garang yg can bend me.

Izni pergi tidur dah lewat. –eh , but why. Korang nk tidur dah? Tak pelah. Ingat nak sembang lagi. Hurmmmm

Saja test ko takut tak aku garang.