Pakar
Kisah bagaimana seorang gadis yang impikan perkahwinan indah
dengan putera idaman, dikelilingi dayang, kepada seorang wanita gagah yang
mampu berdiri sendiri. Semuanya sebab golongan pakar.
Pakar 1
Saya nak bertunang bulan jun ni. Dengan gadis pilihan saya
dah 7 tahun kami bersama. Saya harap awak faham. Hubungan kita selama ini tak
lebih dari kawan. Awak, saya dah anggap macam adik. Pesanan ringkas setiap
hari, perbualan lewat malam soal hati perasan dan impian dulu, tak pernah
bermaksud apa-apa.
Oh. Saya faham.
Pakar 2
Saya minta maaf hancurkan kepercayaan awak kali kedua. Saya
harap awak tahu yang awak seorang isteri saya sampai mati. Saya ada awak dan
anak-anak sahaja. Saya mintak maaf sebab tersilap langkah, lagi.
Oh, saya faham.
Gadis
Sebab ada golongan pakar, perasaan dan perkahwinan jadi
perjudian.