Tulis semua yang kau rasa. Apa yang kau ada. Gelap malam,
atau derita
Kosong hati, kali ini bukan sekadar penyedap bicara.
Aku jujur untuk pertama kali, untuk pos ini. Tamat sudah
masa bercanda
Harapan, atau cita cita? Atau masih kekal cara cerita,
mengenai kisah duka lama?
Atau pun rahsia keluarga? Aib atau yang indah sahaja?
Fiksyen atau benaran sahaja? Semua itu, interpretasi
minda yang membaca
10 bulan dah jadi dewasa
Minda, akal, masih belum bijaksana
Akaun bank, berkembang hujung purnama, yang aku hulur?
Tak seberapa
10 bulan dah jadi dewasa
Konon dalam laluan kejar cita cita
Tapi tiap hari?
Kosong kosong yang aku rasa
10 bulan dah jadi dewasa
Makin jauh aku dari si DIA
Iman naik turun, ada waktu dan ketika, tapi, sampai bila?
10 bulan dah jadi dewasa
Tiada lagi jalan baik yang aku jumpa
Korupsi, syaitan ada merata-rata,
Aku bukan alim, sikit sikit aku ikut mereka
10 bulan dah jadi dewasa
Tak pernah terfikir akan sampai waktu dan ketika aku
bersendirian, bilik kelam, pijak rasa jeruk derita
Tapi aku tidurkan sahaja semua, biar esok, senyum baru
pembuka bicara
10 bulan jadi dewasa
Jauh dari keluarga
Aku tak cuba capai, walau aku tahu mereka ada
Sebab mereka tak faham aku nak apa
Ketuk dada sendiri, aku rasa aku dah tak bernyawa
10 bulan dah jadi dewasa
Aku tak rasa aku bersedia, aku tak rasa ini buat aku
bahagia
Sampai bila nak pendam jiwa?
Soalan ini, masih tiada jawapannya
No comments:
Post a Comment