Lepas satu satu aku bakar
Racun dah masuk darah
Aku dah mula tak sedar
Yang aku sebenarnya makin parah
Aku bergantung kuasa lima atau enam setiap malam
Untuk dapat tidur kualiti supaya lupa palat dunia
Tapi aku tak sedar, yang aku rosak ni diri sendiri
Sampai masa tak ada siapa yang kisah, mama abah juga meratap
kalau aku pergi
Aku tanya kawan, minta kata dua
Dia kata berhenti rosak diri, sebab apa aku tengah buat,
bukan apa aku cari
Dia dapat *1 Image received,
Darah di tangan, pisau toreh di tepi kiri
We need to talk,
Tapi bukan sekarang
Ko dah jauh sasar,
Aku tak tau apa aku cari
Aku pasti bukan ini apa kau cari, berhenti sebelum kau
pergi jauh lagi
Aku cuba, tapi aku hanyut, aku pun dah tak kenal siapa
diri
Kau ada aku, aku jaga kau
Macam selalu?
Ye macam selalu, dulu kita berdua, walau aku jauh, ingat,
aku tetap ada. Dulu, kini dan sampai bila bila
No comments:
Post a Comment