Sunday, 18 October 2015

iwrote

Iman

Inilah hari yang di tunggu. Tak sangka, nak kahwin juga aku. Tapi tak sangka dengan Najib. Out of all three guys tu, aku pilih Najib. Ramai cakap sebab duit. Aku ni materialistic ke? Aku Cuma realist. Hidup perlu duit, dan ada orang offer jalan mudah, kenapa nk susah? Kahwin. At the age of 24. Dengan orang yang aku tak pernah cinta. Memang macam drama melayu slot akasia. Tapi things happened. Aku percaya ada hikmah. Walaupun sebenarnya aku sendiri tak tahu aku cari apa dalam hidup. Tiba-tiba ada orang ketuk dan offer my life goals.

Henna dah siap. Majlis berinai meriah. Dapat kumpul dengan PCP balik. Pyjamas party. Inilah konon majlis yang aku nak paling simple. Tapi being a businessman, air muka Najib aku kene jaga juga. There goes my first wifely lesson. Sigh


Dan dia tanya juga. Soalan yang dah lama aku nak cerita. Aku nak bagitahu. Aku nak kongsi. Dan dia tanya.

 ‘kenapa awak pilih dia?’

Dan aku sebut jawapan yang dah lama aku practice depan cermin. Aku ingat boleh keluar flawlessly macam yang aku selalu bayang. Tapi ada juga sikit perkataan terlekat dekat tekak. Aku jawab juga, perlahan, tapi firm. Tak teragak-agak.

‘ sebab awak, tak pernah tanya dekat saya pasal kita. Awak tak cakap kita masih ada, bila saya tanya, awak tak mampu beritahu apa-apa. Saya pilih dia, sebab awak tak mahu saya’

Dia angguk. Perlahan bangun, dia pergi. Tak toleh.

Dan waktu itu aku sedar, soul mate dan lover dua benda berbeza. Aku toleh tepi di hujung dewan, aku Nampak Najib, dengan senyum gatal dia. Sedondon kami bersongket hijau zamrud, dia sibuk salam terima ucapan tahniah atas perkahwinan kami. Aku dekat tepi pintu, masih terbayang redup mata Faizul yang baru tinggalkan aku tadi.

Kita tak boleh dapat semua yang kita nak, kalau tak, kita tak tahu nilai sabar, dan bersyukur. 












Najib

Saya tak masuk office harini. I work from home. –

Ringkas whatsapp aku kepada Rina. PA dekat office. At the age of 32, dah boleh cakap aku dah achieved semuanya. Mercedes dah ada, rumah ada tiga, architect firm dah terima projek besar. Aku dah jadi bos. Aku boleh monitor flow firm dengan business daripada mana-mana je. Tak sia sia usaha aku selama ni.

‘Morning baby, I lapar. Jom cari barang makan’ terjengul muka John dekat pintu.

‘Tak boleh, I ada student petang ni. We meet later for dinner okay.’

‘okay then. See you later’

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Divemaster, professional golfer, own an architect firm, basically lengkap pakej aku sebagai seorang lelaki. Cuma, nafsu kepada perempuan. Aku tak ada. Macam macam cara aku cuba. Tapi tak terasa lagi. Masih tak turn on orang cakap. Lelaki? Bukan boleh buat konek aku naik. Tapi lagi rakus aku renung berbanding perempuan.

Lelaki, tahu apa diorang nak. Diorang kejar cita-cita, pilot, safety officer, manager, racer, semua golongan professional yang memang jadi circle of friends aku. Semuanya disebabkan zaman keruntuhan ekonomi tahun 1997 waktu dulu. Ramai kawan aku tak dapat cari kerja, makan gaji. Nasib aku baik, sebab masih sambung belajar. Lepastu dapat experience kerja dengan architect firm dekat UK waktu part time plan drawer.  So, permudah jalan. Dari situ projek besar mula masuk. Sebab aku kenal dengan CEO firm UK dulu. Alhamdullilah. Jalan dunia aku senang. Walaupun usaha setinggi langit aku dah letak. Nikmat Allah yang mana yang nk didustakan.

Tapi sayang, aku tak perasan, sibuk kejar stability ekonomi, peribadi aku makin zero. Tak pernah ada girlfriend, sebab tak ada masa nak cari. Bila finally ada masa nak cari, aku dah punya semua. Tak rasa the important of a girl dalam hidup ni. Mak pulak, tak pernah bising. Sebab along sendiri masih belum kahwin. So, aku enjoy my free spirit life.

Sampai, aku jumpa dia

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘always checks your equipment before every dive. What size kaki you? Untuk fin’

‘saya 4’

‘oh kecik nye. Takpe ada tu. Kejap saya pergi kaunter’

Fin size 4 pun bertukar tangan. Seronok betul student sorang ni. Typical new diver. Tergelak aku sendirian. Tak apa kita tengok kejap lagi macam mana. Menggigil sejuk punya lah.

‘okay sekarang, saya nak awak enter pool using giant stride method. Langkah besar-besar. Bayangkan ada tank dekat belakang awak’

Sorang-sorang student aku masuk. Benda biasa, benda sama. One of the requirements untuk appoint as divemaster aku kene ajar few students. Macam hari biasa, macam kerja selalu. Cuma aku tak sangka, student aku kali ini luar biasa.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































Faizul

Dapat jemputan kahwin Iman. Tak sangka. Tiba-tiba ada air jernih turun dari mata. Aku turun katil, pergi bucu laci almari bujang yang jadi tempat aku simpan set melaram. Perlahan laci aku buka, Nampak kotak baldu warna merah, bentuk hati. Cincin belah rotan, masih elok tersimpan rapi.

‘Orang nak kahwin simple je. Cincin pun tak nak yang over. Kalau boleh nk satu je, Mungkin ada satu batu je. Tak payah sampai merisik lah, tunang lah, kahwin lah. Lepastu tak pakai. Rugi je’

Terngiang bebel si becok tu waktu dia sibuk dengan urusan kahwin abang dia. Dia memang ceria, tapi kuat merungut. Kalau ada benda tak ikut cakap dia, haish. Mendapat la kau kene dengan 10 sebab kenapa dia betul, dan kau salah. Ahh Iman. Orang rindu awak.

‘awak nak kahwin dengan orang? Awak nak orang tunggu awak berapa lama? Dua tahun? Tiga tahun? Orang sanggup.’

Waktu Iman tanya soalan tu, aku tahan je dari jawab, tunggu lah aku. Tolong tunggu aku selama mana aku perlu, untuk stabil ekonomi aku, supaya kita sekufu, sebab cinta aku pada dia. Tak pernah berkurang.

Tapi, aku hanya mampu balas,

‘tak payah tunggu.’

Pekerja makan gaji macam aku ni tak layak dengan gadis macam kau. Iman punya segalanya, keluarga harmoni, kerjaya stabil, masa depan cerah, bijak, aktif, peramah, penyanyang. Tak cukup semua kata positif untuk menggambarkan tahap kesempurnaan kau. Cuma aku bersyukur kenal kau, kenal kau awal untuk lalui semua fasa mencabar dalam hidup dengan kau. Tapi rasa rendah diri aku ni melebihi segalanya.

Iman dah mula cerita pasal travel, pasal diving trip, pasal outdoor activities, pasal aktiviti-aktiviti yang tak mungkin aku dapat join sekali sebab kekangan waktu dan tanggungjawab aku untuk menjaga dan membesarkan lima orang adik aku yang lain sejak mak meninggal. Iman anak bongsu, dua dua ibu bapa bekerja. Abang kakak semua dah besar. Dia tak rasa macam mana susah, macam manaberat hati, macam mana risau nya hati aku, bila kene fikir adik-adik makan apa. Bila rasa duit tengok wayang lebih baik beli barang dapur.

Tapi aku bersyukur Allah pernah hadirkan Iman dalam hati aku. Sebab dia aku kenal cinta, Allah tak pernah janji cinta mesti memiliki. Pernah jadi cinta dia walau sementara pun cukup untuk rasa nikmat bahagia. Terima kasih awak. Semoga Berjaya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘bos tolong tengok ini cincin berapa harga mahu ambik?’

‘wah ini barang baru lagi mah. U baru angkat minggu lepas. Itu cincin batu u simpan duit mahu bagi amoi tak jadi angkat?’

‘amoi dah kahwin la bos. Ini duit cincin kasi adik sekolah dulu. Baru pikir kahwin’

‘wah banyak bagus. Jangan sedih. Saya bagi katalog ada banyak amoi cantik. U mahu cina, melayu campur pun ada’

‘Kalaulah I cari ayam bos, I dah pilih yang gebu. Tapi macam dia bos, satu sampai mati.’


Tercengang tauke cina tu dengan ayat deep aku.

No comments: