aku nak kau dan aku,
jadi tua sama sama
dalam ikatan yang sah yang akan kita bina,
berlandaskan syariah dah hukumnya
aku nak kau dan aku jadi tua sama sama,
gelakkan bila masing masing gigi dah tak ada,
dan bila rambut putih mula tiba.
aku nak kau masih bersama,
dengan cucu cicit serta anak yang mengenang jasa,
dan tak lupa ibu bapa yang selalu setia.
aku nak kita masih bersama,
meniti hari tua,
together-gether.
sama- sama kita berdoa sentiasa,
supaya apa yang kita ada,
tamat di jalan yang benar,
supaya apa yang kita lalui,
tak pernah sia sia.
aku tak romantik nak bg puisi cinta,
tapi aku tahu kau suka gaya sempoi bersahaja.
semoga apa yang kita ada,
berkekalan hendaknya.
terima kasih tak terhingga.
untuk 4 tahun ini, serta tahun tahun yang berikutnya.
semoga kita terus jadi separuh, untuk each other.
dan semoga ALLAH memberkati kita hendaknya.
kau dan aku, gelak sama sama tengok gambar masa muda,
lagi 40 tahun dalam rumah yang bakal kita bina.
itu janji aku, sekiranya kita dijodohkan bersama.
AMIN...
No comments:
Post a Comment